Monday, September 16, 2013

Tajuk :Matlamat pendidikan sejarah. Gambaran lengkap tenteng sejarah negara Malaysia. Keperibadian bangsa semangat patriotik. Keperibadian bangsa keperibadian bermaksud perihal atau sifat. Manakala bangsa bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Bagi membentuk keperibadian bangsa yang cinta akan negara ,sesebuah bangsa itu haruslah mempelajari sejarah agar sifat berani, tabah, sabar, dan tidak putus asa seperti pejuang kemerdekaan @ wira negara @ tokoh pejuang kemerdekaaan dapat ditanam dalam diri para pelajar. Tokoh tokoh ini merupakan penyuntik semangat patriotik sekiranya kita mempelajari sekaligus menghayati sejarah perjuangan mereka. Contohnya, perjuangan Rosli Dhobi. Beliau merupakan perjuang kemerdekaan di Sarawak. Beliau sanggup berkorban agar generasi tanah airnya yang seterusnya tidak dijajah sepertimana rakyat Sarawak pada masa itu. Beliau telah di adili di sebabkan membunuh Sir Duncan Steward. Rosli Dhobi dijatuhi hukum gantung dan di gelar pemberontak pada masa itu. Tetapi pada masa kini Rosli Dhobi dianggap pejuang kerana keberaniaanya dan sifat cinta akan negaranya menyebabkan beliau nekad walaupun tahu akibatnya.Beliau adalah sala seorang pemuda yang menganggotai pakatan sulit yang dikenali Rukun 13 juga disertai oleh Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Bersama-sama rakan seperjuangannya, Rosli Dhobi terpaksa meringkuk di penjara. Di sana, mereka diseksa oleh para tali barut British. Malahan terdapat sumber mengatakan, isteri Duncan Stewart yang berada di London membuat permintaan khas bagi membawa Rosli Dhobi hidup-hidup ke London bagi menjalani pembicaraan di sana. Walaubagaimanapun, terdapat halangan besar bagi merealisasikan hajat isteri Stewart kerana umur Rosli Dhobi belum pun mencecah 18 tahun. Adalah menjadi kesalahan dalam undang-undang British menghukum mati kepada pesalah bawah umur. Biarpun begitu, pada 2 Mac 1950, Allahyarham Rosli Dhobi akhirnya dihukum gantung sampai mati. Ketika itu umur beliau belum pun mencecah 18 tahun. Antara sebab British ‘mempercepatkan’ proses hukuman ini adalah untuk menutup mulut serta menghapuskan saki baki pejuangan anti-British di Sarawak. Meskipun Rosli Dhobi telah lama tiada, akan tetapi roh pejuangannya (semangat patriotik ) tetap abadi. Pejuangan Rosli Dhobi walaupun pada usia yang cukup mentah ternyata begitu mengagumkan. Pejuangan di Kelantan pula di ketuai oleh Tok Janggut. Beliau mencetus kesedaran rakyat kearah tercetusnya gerakan pattani. Di sini golongan petani bersatu menentang British kerana tindakan British yang keterlaluan mengenakan cukai terhadap tanah dan sumber semulajadi yang merupakan milik mereka sendiri. Gerakan ini berjaya dipatahkan dengan gugurnya Tok Janggut di medan perang angkara British. Mayatnya pula digantung dalam keadaan kaki keatas kepala kebawah sebelum diarak. Jelaslah, menunjukkan betapa besarnya pengorbanan pewira kita demi kesejahteraan dan keamanan cucu cicitnya. Saya memilih contoh- contoh ini kerana, walaupun mereka bukanlah datang daripada golongan berpengaruh(pembesar) tetapi mereka telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling mereka. Hal ini menggambarkan betapa besarnya semangat patriotik para pejuang bangsa ini sehingga berjaya mewujudkan kesedaran dalam diri masyarakat. keperibadian bangsa bermaksud sifat masyarakat sesebuah bangsa yang menggambarkan sesebuah negara. Melalui sejarah tokoh-tokoh di atas jelaslah Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berlatar belakangkan semangat patriotik yang tinggi, tidak gentar memperjuangkan hak walaupun nyawa taruhannya(berani), dan berdisiplin(terikat dengan undang-undang). Semangat patriotik. Sejarah dapat memupuk semangat patriotik dalam dalam diri individu. Sejarah adalah peristiwa bermakna yang benar-benar berlaku dimasa lalu. ita wajiblah mempunyai pengetahuan tentang sejarah Malaysia. Melalui pembelajaran sejarah jelas membuktikan bahawa sejarah adalah sebuah elemen penting bagi membentuk semangat patriotik dalam diri para pelajar. seharusnya semangat patriotik ini di terapkan dalam diri pelajar sejak kecil. Hal ini kerana keperibadian seseorang individu adalah dibentuk sejak kecil. Bak kata pepatah melayu, kanak-kanak ibarat kain putih,terserah mahu mencorakkan nya dengan pendedahan yang seperti apa... Melalui pengetahuhuan, pemahaman dan penghayatan sejarah, semangat patriotik sudah semestinya dapat dipupukdan menjadi semakin kental dalam diri seseorang pelajar. Peristiwa perjuangan tokoh- tokoh seperti Tok Janggut, Rosli Dhobi, Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan dalam memperjuangkan kebebasan tanah air daripada tangan penjajah sudah semestinya dapat dijadikan pengajaran buat kita agar sejarah penjajahan tidak kembali berulang.Perjuangan hebat tokoh- tokoh ini sudah semestinya dijadikan penyuntik semangat patriotik dalam diri masyarakat kini. Hanya melalui matapelajaran sejarahlah masyarakat akan didedahkan dengan pelbagai sejarah dan perjuangan hebat tokoh-tokoh negara. Wajarlah tindakan kerajaan dalam mewujudkan matapelajaran sejarah dalam kssr dan mewajibkan pelajar lulus dalam kssm. Menghargai tokoh dan perjuangannya. Menghargai pejuangan tokoh dapat di aplikasikan daripada pelbagai aspek. Menghargai tokoh dan sumbangannya tidaklah di lihat hanya dari sudut mengingat nama-nama dan jasa-jasa nya sahaja. Tetapi mengekalkan kemerdekaan dan menyambung perjuangan mereka dengan tidak melakukan kekecohan,rusuhan serta menanam semangat cinta akan negara juga adalah antara perbuatan menghargai tokoh dan sumbangannya. Sambutan kemerdekaan juga adalah menggambarkan betapa masyarakat di malaysia menghargai perjuangan pewira-pewira negara ini. perjuangan mereka tidak berakhir sehingga itu sahaja namun semangat patriotik mereka akan dijadikan pembentuk keperibadian bangsa dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di malaysia.

No comments:

Post a Comment