Saturday, September 28, 2013


Kejuruteraan   Genetik 
Apakah kejuruteraan genetik??
     Kejuruteraan genetik adalah menggabungkan 2 DNA yang berlainan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik sifat fizikalnya dan lebih resistan terhadap serangan serangga dan penyakit.
     kejuruteraan genetik tidaklah merangkumi penggabungan DNA untuk tujuan menghasilkan baka baru yang lebih baik daripada induknya.
     tetapi kejuruteraan genetik juga merupakan teknologi yang dapat menghasilkan bayi tabung uji melalui persenyawaan tabung uji.
   
Manfaat kejuruteraan genetik
     tidak dapat dinafikan sememangnya teknologi kejuruteraan genetik ini telah banyak membantu wanita yang mempunyai masalah untuk hamil berpeluang mempunyai anak daripada bakanya sendiri.
      pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah.
     hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk penghidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksida untuk mendiagnosis masalah metabolisme kolesterol.
     terdapat peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoid, Vitamin A, C dan E dalam tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik.
       kaedah kejuruteraan genetik juga membantu melambatkan atau menurunkan kadar proses pengoksidaan di samping melambatkan kerosakan yang disebabkan tindak balas kimia. Hal ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik akan tahan lebih lama ketika di pasaran dibandingkan dengan sayur-sayuran atau buah-buahan yang terhasil melalui proses tanaman secara organik.
·      Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai melalui proses kejuruteraan genetik telah menunjukkan tahap ke rintangan yang tinggi dan luar biasa terhadap racun pemusnah tumbuhan seperti racun Herbisid, Pestisid dan lain-lain lagi.

      meningkatkan pengeluaran hasil tinggi, Jelaslah kejuruteraan genetik dapat mengurangkan kadar kekurangan makanan.
      juga dapat mengurangkan isu jenayah dan sivil. Hal demikian kerana seseorang akan berfikir panjang sebelum melakukan kejahatan kerana pihak berkuasa pasti dapat mengesan penjenayah melalui tinggalan genetik dengan adanya teknologi kejuruteraan genetik.
      Penyelidik di Universiti Michigan turut mendapati tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian genetik mampu melawan virus. 
Kemudaratan pengaplikasian kejuruteraan genetik.
     Menurut laporan di dalam berita BBC pada 27 April 2002, kajian telah dilakukan kepada ayam dengan memberinya makan jagung yang telah diubahsuai iaitu T-25 dan jagung yang dihasilkan secara konvensional. Keputusan menunjukkan dua ekor ayam mati apabila diberi makan jagung T-25. Keputusan ini telah pun diperoleh pada tahun 1996 tetapi telah diabaikan sehingga tanaman tersebut berjaya mendapat kelulusan untuk dipasarkan pada tahun tersebut. Jagung ini dihasilkan untuk diberi makan kepada lembu yang diternak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVVCSMhX
© Utusan Melayu (M) Bhd 
·      Ke rintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan dalam sesetengah tanaman yang telah diubahsuai.
·      pengaplikasian kaedah ini akan menghasilkan tumbuhan yang mempunyai tahap ke rintangan yang tinggi. Jika berlaku hubungan silang dengan tumbuhan yang liar, hal ini menyebabkan akan tumbuh spesies tumbuhan liar yang memerlukan penciptaan racun yang lebih kuat untuk menghapuskannya.
·      Hal ini secara tidak langsung akan membahayakan alam sekitar.
·      Ahli bio-kimia terkemuka, Erwin Chargoff mengatakan teknologi kejuruteraan genetik mengemukakan ancaman besar kepada dunia selain kemunculan teknologi nuklear. Tidak seperti bahan kimia atau nuklear, pencemaran genetik sukar dibersihkan dan kesilapan genetik akan diperturunkan kepada semua generasi berikutnya. 
·       Sementara saintis British, Dr. Arpad Pusztai pula menemui kesan-kesan memudaratkan ke atas usus, badan, metabolisme dan sistem imunisasi badan pada tikus yang diuji dalam mengesan kesan tanaman GM ke atas pemakanan binatang dan alam sekitar.
·       keputusan penyelidikan universiti Michigan yang menyatakan tumbuhan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik adalah mempunyai daya rintangan yang tinggi terhadap virus. Hal ini menyebabkan virus membentuk virus yang lebih ganas dan memerlukan vaksin yang kuat untuk mengatasinya.

·      Contoh, di Amerika Syarikat apabila ujian mendapati beras yang dihasilkan menerusi teknologi kejuruteraan genetik (GE) lebih tercemar dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna.
·      Perkara itu didedahkan pakar Biologi dan Ecological Entomologist yang juga Penyelidik Kanan Bersekutu Institut Dasar Pengguna di Amerika Syarikat, Dr Michael K Hansen. 
·       kejuruteraan genetik turut membawa kerugian terhadap ekonomi negara.
      Bukti, industri beras di Amerika kerugian RM4.6 bilion kerana beras yang dihasilkan menerusi  kaedah GE gagal dipasarkan. 

Firman Allah SWT di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merubah nya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merubah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
 Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri. Maka timbullah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesies-spesies binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudaratkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.

      kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji  yang boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
      Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak di batas kan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibu bapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
·       Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semula jadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.



Adakah perlu semua ini diabaikan dalam kita mengejar untuk memperbaiki kualiti makanan, meningkatkan penghasilan makanan dan memperbagaikan penghasilan pertanian dengan menggunakan teknik pengubahsuaian genetik ??

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVb6s9EH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

rujukan


Kejuruteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuruteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuruteraan genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi penyelidikan kanser.








DNA dan Kejuruteraan Genetik menerangkan cara DNA berfungsi, kod dibaca dan tindakan sel untuk membina protein. Buku ini meneroka kejuruteraan genetic dan terapi gen, iaitu bidang paling kontroversi dalam penyelidikan sel tunjang dan pengklonan. Contoh terkini diberikan, seperti penggunaan darah daripada tali pusat bayi untuk menyediakan sel tunjang bagi menguji ubat-ubatan baharu.

Kesimpulannya
      Setiap ciptaan manusia pasti ada kelemahannya, di sebalik kesan positifnya.
     Kejuruteraan genetik tidak wajar dipraktikkan kerana mempunyai banyak memberi kesan negatif kepada hidupan yang ada di muka bumi ini.
      Islam mengharamkan manusia melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat terhadap dirinya dan masyarakat sekelilingnya.
      sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasulullah S.A.W tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasulullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudaratkan kehidupan adalah dibolehkan.
     Kejuruteraan genetik jelas memberi impak negatif kepada manusia dan hidupan di muka Bumi.  Sesungguhnya sesuatu yang Allah ciptakan itu adalah sempurna.
     wajarlah terdapat pihak yang tidak setuju dan menentang pengaplikasian kejuruteraan genetik  untuk melahirkan spesies baru kerana ia boleh memudaratkan manusia dan hidupan di muka bumi.

Antara hidupan yang telah dihasilkan melalui kejuruteraan genetik
Jelaslah kejuruteraan genetik telah merubah ciptaan yang maha kuasa tanpa ada manfaatnya……
Malah mengundang bencana dan mengundang kepupusan sesuatu spesies.

No comments:

Post a Comment