Saturday, September 28, 2013


Tajuk: pelajar merupakan komuniti pembelajaran.
Menurut Mc Millan dan Cavis , komuniti pembelajaran adalah   
Ø  pelajar  mempunyai keahlian
Ø  Mempunyai  pengaruh
Ø  Memenuhi keperluan individu
Ø  Berkongsi peristiwa


Definisi komuniti

Ø  Menurut kefahaman saya, ia adalah bermaksud sesebuah kelompok yang berada dalam kawasan yang sama.
Ø   di mana seseorang yang berkumpul itu saling bergantung dan berhubung antara satu sama lain.
Ø  Komuniti yang tinggal di suatu tempat dan saling berinteraksi tidak kira benda hidup , bukan hidup atau  suasana.


Definisi pembelajaran

Ø   Pembelajaran adalah sebuah cara seseorang mendapat ilmu pengetahuan
Ø  Supaya dapat disesuaikan dan dipraktikkan dalam kehidupan     seharian dan membawa kepada perubahan tingkah laku dan penyelesaian terhadap kerumitan.
Ø  Berterusan sepanjang hayat dalam sedar mahupun  tidak sedar.
Ø  Bertujuan bagi melepasi semua sempadan
Ø  satu peluang untuk mengusai pengetahuan di mana ia dicipta dalam sebuah organisasi, berkongsi pengetahuan itu melalui sebuah organisasi 

Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Apakah maksud pelajar sebagai komuniti pembelajaran?
Ø  Pelajar yang saling bekerjasama dalam sesebuah kelompok semasa proses pembelajaran.
Ø  Akan mempengaruhi sesebuah  perubahan  suasana, tingkah laku,  dan pemikiran.
Ø  Melibatkan perkongsian idea, kerjasama,  persaingan sihat,
 bantu-membantu,  dan penyesuaian terhadap sesuatu keadaan.

Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran)
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.

Diklasifikasikan dalam beberapa sistem.

Sistem Mikro
Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau kawasan se taman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.

Sistem Meso
Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. 

Sistem Ekso
Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.

Sistem Makro
Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan.  Ini adalah kerana Islam harus menjaga batas pergaulan tetapi hal ini bukan menjejaskan peranan kaum perempuan Islam di Malaysia selagi ia tidak melanggar batas pergaulan lelaki dan perempuan.







No comments:

Post a Comment