Monday, September 30, 2013
Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..
Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".
Suku Kadazandusun
Suku Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.
Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.
Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.
Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah.
Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.
Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.
Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli).[perlu rujukan]
Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
Suku Murut
Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.
Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.
Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.
Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.
Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".
AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".
LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".
Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".
Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.
Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.
Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.
Suku Brunei
Salah satu bangsa Melayu
Suku Bisaya
Suku Iranun
Suku Suluk
Suku Idahan
Suku Tidong
Suku kaum ini banyak terdapat di Sabah, terutamanya di Tawau.
Suku Tombonuo
Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.
Suku Kedayan
Suku Bagahak
Suku Lundayeh
Suku Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.
GKB..
persembahan elektronik (penggabungan grafik, audio, video unsur animasi, dan text)
tujuan
menjimatkan masa
menarik(agar tidak membosankan)
antara microsoft yang boleh digunakan
star office-menarik
MSms powerpoint
microsof excel dapat diaplikasikan
menyiompan data automatik
pengiraan automatik tepat dan cepat
digunakan bagi melakukan analisis
ringkasan data bahan mentah
DATA DAN MAKLUMAT
data fakta mengenai sesuatu-mentah
ditulis menggunakan tangn
disimpan dalam fail
disusun mengikut urutan
contoh aplikasi pangkalan data di persekitaran kita
sistem tempahan tiket buku dan kapal terbang
data pelajar atau pesakit
blog
kebaikan blog
tempat perkongsian maklumat
tambah kawanboleh menjana pendapatan(melalui servis pengiklanan) Contohnya, naffnang
keburukan
maklumat palsu-mengenalpasti kebenaran sesuatu maklumat
-hendaklah mengkaji fakta daripada sumber yang benar
-mengenalpasti adentiti penulis
menjatuhkan seseorang- kerana banyak maklumat boleh ditokok tambah mengikut penulis blog
alat penyebaran unsur-unsur tidak bermoral-contoh yang paling mudah adalah penggunaan perkataan lucah.
Maklumat
maklumat-sesuatu yang telah dianalisis berdasarkan data.
tujuan
menjimatkan masa
menarik(agar tidak membosankan)
antara microsoft yang boleh digunakan
star office-menarik
MSms powerpoint
microsof excel dapat diaplikasikan
menyiompan data automatik
pengiraan automatik tepat dan cepat
digunakan bagi melakukan analisis
ringkasan data bahan mentah
DATA DAN MAKLUMAT
data fakta mengenai sesuatu-mentah
ditulis menggunakan tangn
disimpan dalam fail
disusun mengikut urutan
contoh aplikasi pangkalan data di persekitaran kita
sistem tempahan tiket buku dan kapal terbang
data pelajar atau pesakit
blog
kebaikan blog
tempat perkongsian maklumat
tambah kawanboleh menjana pendapatan(melalui servis pengiklanan) Contohnya, naffnang
keburukan
maklumat palsu-mengenalpasti kebenaran sesuatu maklumat
-hendaklah mengkaji fakta daripada sumber yang benar
-mengenalpasti adentiti penulis
menjatuhkan seseorang- kerana banyak maklumat boleh ditokok tambah mengikut penulis blog
alat penyebaran unsur-unsur tidak bermoral-contoh yang paling mudah adalah penggunaan perkataan lucah.
Maklumat
maklumat-sesuatu yang telah dianalisis berdasarkan data.
Saturday, September 28, 2013
Tajuk: pelajar merupakan komuniti pembelajaran.
Menurut Mc Millan dan Cavis , komuniti pembelajaran
adalah
Ø pelajar mempunyai keahlian
Ø Mempunyai pengaruh
Ø Memenuhi
keperluan individu
Ø
Berkongsi peristiwa
Definisi
komuniti
Ø Menurut
kefahaman saya, ia adalah bermaksud sesebuah kelompok yang berada dalam kawasan
yang sama.
Ø di mana seseorang yang berkumpul itu saling
bergantung dan berhubung antara satu sama lain.
Ø Komuniti
yang tinggal di suatu tempat dan saling berinteraksi tidak kira benda hidup ,
bukan hidup atau suasana.
Definisi pembelajaran
Ø Pembelajaran adalah sebuah cara seseorang
mendapat ilmu pengetahuan
Ø Supaya
dapat disesuaikan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan membawa kepada perubahan
tingkah laku dan penyelesaian terhadap kerumitan.
Ø Berterusan
sepanjang hayat dalam sedar mahupun
tidak sedar.
Ø Bertujuan
bagi melepasi semua sempadan
Ø satu
peluang untuk mengusai pengetahuan di mana ia dicipta dalam sebuah organisasi,
berkongsi pengetahuan itu melalui sebuah organisasi
Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan
pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat
sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan
atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.
Apakah maksud pelajar sebagai komuniti pembelajaran?
Ø Pelajar
yang saling bekerjasama dalam sesebuah kelompok semasa proses pembelajaran.
Ø Akan
mempengaruhi sesebuah perubahan suasana, tingkah laku, dan pemikiran.
Ø Melibatkan
perkongsian idea, kerjasama, persaingan
sihat,
bantu-membantu, dan penyesuaian terhadap sesuatu keadaan.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran)
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.
Diklasifikasikan dalam
beberapa sistem.
Sistem Mikro
Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau kawasan se taman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.
Sistem Meso
Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.
Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau kawasan se taman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.
Sistem Meso
Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.
Sistem Ekso
Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.
Sistem Makro
Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan. Ini adalah kerana Islam harus menjaga batas pergaulan tetapi hal ini bukan menjejaskan peranan kaum perempuan Islam di Malaysia selagi ia tidak melanggar batas pergaulan lelaki dan perempuan.
Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.
Sistem Makro
Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan. Ini adalah kerana Islam harus menjaga batas pergaulan tetapi hal ini bukan menjejaskan peranan kaum perempuan Islam di Malaysia selagi ia tidak melanggar batas pergaulan lelaki dan perempuan.
Kejuruteraan Genetik
Apakah kejuruteraan genetik??
• Kejuruteraan
genetik adalah menggabungkan 2 DNA yang berlainan untuk menghasilkan sesuatu
yang lebih baik sifat fizikalnya dan lebih resistan terhadap serangan serangga
dan penyakit.
• kejuruteraan
genetik tidaklah merangkumi penggabungan DNA untuk tujuan menghasilkan baka
baru yang lebih baik daripada induknya.
• tetapi
kejuruteraan genetik juga merupakan teknologi yang dapat menghasilkan bayi tabung
uji melalui persenyawaan tabung uji.
Manfaat kejuruteraan genetik
• tidak
dapat dinafikan sememangnya teknologi kejuruteraan genetik ini telah banyak
membantu wanita yang mempunyai masalah untuk hamil berpeluang mempunyai anak
daripada bakanya sendiri.
• pengubahsuaian sel bakteria supaya ia
berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon,
sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah.
• hormon
tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin,
protein pembeku darah untuk penghidap hemofilia,
dan enzim-enzim seperti kolesterol oksida untuk mendiagnosis masalah
metabolisme kolesterol.
• terdapat peningkatan kandungan mineral dan
antioksidan seperti karotenoid, flavanoid, Vitamin A, C dan E dalam
tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik.
• kaedah kejuruteraan genetik juga membantu
melambatkan atau menurunkan kadar proses pengoksidaan di samping melambatkan
kerosakan yang disebabkan tindak balas kimia. Hal ini bermakna sayur-sayuran
dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik akan tahan
lebih lama ketika di pasaran dibandingkan dengan sayur-sayuran atau buah-buahan
yang terhasil melalui proses tanaman secara organik.
·
Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan
di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai
melalui proses kejuruteraan genetik telah menunjukkan tahap ke rintangan yang
tinggi dan luar biasa terhadap racun pemusnah tumbuhan seperti racun Herbisid,
Pestisid dan lain-lain lagi.
• meningkatkan pengeluaran hasil tinggi,
Jelaslah kejuruteraan genetik dapat mengurangkan kadar kekurangan makanan.
• juga dapat mengurangkan isu jenayah dan sivil.
Hal demikian kerana seseorang akan berfikir panjang sebelum melakukan kejahatan
kerana pihak berkuasa pasti dapat mengesan penjenayah melalui tinggalan genetik
dengan adanya teknologi kejuruteraan genetik.
• Penyelidik di Universiti Michigan turut
mendapati tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian genetik mampu melawan virus.
Kemudaratan pengaplikasian kejuruteraan genetik.
•
Menurut laporan di dalam berita BBC pada 27
April 2002, kajian telah dilakukan kepada ayam dengan memberinya makan jagung
yang telah diubahsuai iaitu T-25 dan jagung yang dihasilkan secara
konvensional. Keputusan menunjukkan dua ekor ayam mati apabila diberi makan
jagung T-25. Keputusan ini telah pun diperoleh pada tahun 1996 tetapi telah
diabaikan sehingga tanaman tersebut berjaya mendapat kelulusan untuk dipasarkan
pada tahun tersebut. Jagung ini dihasilkan untuk diberi makan kepada lembu yang
diternak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVVCSMhX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVVCSMhX
© Utusan Melayu (M) Bhd
·
Ke rintangan terhadap antibiotik mungkin
boleh berlaku kerana gen yang digunakan dalam sesetengah tanaman yang telah
diubahsuai.
·
pengaplikasian kaedah ini akan menghasilkan
tumbuhan yang mempunyai tahap ke rintangan yang tinggi. Jika berlaku hubungan
silang dengan tumbuhan yang liar, hal ini menyebabkan akan tumbuh spesies
tumbuhan liar yang memerlukan penciptaan racun yang lebih kuat untuk
menghapuskannya.
·
Hal ini secara tidak langsung akan
membahayakan alam sekitar.
·
Ahli bio-kimia terkemuka, Erwin Chargoff
mengatakan teknologi kejuruteraan genetik mengemukakan ancaman besar kepada
dunia selain kemunculan teknologi nuklear. Tidak seperti bahan kimia atau
nuklear, pencemaran genetik sukar dibersihkan dan kesilapan genetik akan
diperturunkan kepada semua generasi berikutnya.
·
Sementara
saintis British, Dr. Arpad Pusztai pula menemui kesan-kesan memudaratkan ke
atas usus, badan, metabolisme dan sistem imunisasi badan pada tikus yang diuji
dalam mengesan kesan tanaman GM ke atas pemakanan binatang dan alam sekitar.
·
keputusan
penyelidikan universiti Michigan yang menyatakan tumbuhan yang dihasilkan
melalui kejuruteraan genetik adalah mempunyai daya rintangan yang tinggi
terhadap virus. Hal ini menyebabkan virus membentuk virus yang lebih ganas dan
memerlukan vaksin yang kuat untuk mengatasinya.
·
Contoh, di Amerika Syarikat apabila ujian
mendapati beras yang dihasilkan menerusi teknologi kejuruteraan genetik (GE)
lebih tercemar dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna.
·
Perkara itu didedahkan pakar Biologi dan
Ecological Entomologist yang juga Penyelidik Kanan Bersekutu Institut Dasar
Pengguna di Amerika Syarikat, Dr Michael K Hansen.
·
kejuruteraan
genetik turut membawa kerugian terhadap ekonomi negara.
Bukti,
industri beras di Amerika kerugian RM4.6 bilion kerana beras yang dihasilkan
menerusi kaedah GE gagal
dipasarkan.
Firman Allah SWT di dalam surah An Nisa'
ayat yang ke 119, yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merubah nya."
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merubah nya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita
bahawa secara umumnya, merubah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian
daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap
ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup
sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Begitulah
juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang
canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada
kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan
kehendak diri sendiri. Maka timbullah isu wanita-wanita yang menawarkan diri
untuk mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang
mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon
daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan
yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan
intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha
yang dijalankan untuk menghasilkan spesies-spesies binatang baru dengan
mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk
tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudaratkan dan
menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.
•
kemajuan sains dan teknologi dalam
menghasilkan bayi tabung uji yang boleh
digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada
suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam
kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih
daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang
mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
•
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di
bidang genetik ini tidak di batas kan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan
dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai
dua ibu bapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk
mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang
mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan
berbagai-bagai masalah lagi.
· Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi
oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan
teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup
masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semula
jadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.
Adakah perlu semua ini diabaikan
dalam kita mengejar untuk memperbaiki kualiti makanan, meningkatkan penghasilan
makanan dan memperbagaikan penghasilan pertanian dengan menggunakan teknik
pengubahsuaian genetik ??
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVb6s9EH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVb6s9EH
© Utusan Melayu (M) Bhd
rujukan
Kejuruteraan genetik berbeza daripada
pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung.
Kejuruteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular
untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuruteraan genetik
telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi
tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi
penyelidikan kanser.
DNA dan Kejuruteraan Genetik menerangkan
cara DNA berfungsi, kod dibaca dan tindakan sel untuk membina protein. Buku ini
meneroka kejuruteraan genetic dan terapi gen, iaitu bidang paling kontroversi
dalam penyelidikan sel tunjang dan pengklonan. Contoh terkini diberikan,
seperti penggunaan darah daripada tali pusat bayi untuk menyediakan sel tunjang
bagi menguji ubat-ubatan baharu.
Kesimpulannya
•
Setiap
ciptaan manusia pasti ada kelemahannya, di sebalik kesan positifnya.
•
Kejuruteraan genetik tidak wajar dipraktikkan
kerana mempunyai banyak memberi kesan negatif kepada hidupan yang ada di muka
bumi ini.
•
Islam
mengharamkan manusia melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat terhadap
dirinya dan masyarakat sekelilingnya.
•
sesuai
dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya
dengan Rasulullah S.A.W tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya.
Maka Rasulullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini
menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan
tidak memudaratkan kehidupan adalah dibolehkan.
• Kejuruteraan
genetik jelas memberi impak negatif kepada manusia dan hidupan di muka Bumi. Sesungguhnya sesuatu yang Allah ciptakan itu
adalah sempurna.
• wajarlah
terdapat pihak yang tidak setuju dan menentang pengaplikasian kejuruteraan
genetik untuk melahirkan spesies baru
kerana ia boleh memudaratkan manusia dan hidupan di muka bumi.
Antara hidupan yang telah dihasilkan
melalui kejuruteraan genetik
Jelaslah kejuruteraan genetik telah merubah ciptaan yang maha kuasa tanpa
ada manfaatnya……
Malah mengundang bencana dan mengundang kepupusan sesuatu spesies.
Monday, September 16, 2013
Tajuk :Matlamat pendidikan sejarah.
Gambaran lengkap tenteng sejarah negara Malaysia.
Keperibadian bangsa
semangat patriotik.
Keperibadian bangsa
keperibadian bermaksud perihal atau sifat. Manakala bangsa bermaksud
kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Bagi membentuk keperibadian bangsa yang cinta akan negara ,sesebuah bangsa itu haruslah mempelajari sejarah agar sifat berani, tabah, sabar, dan tidak putus asa seperti pejuang kemerdekaan @ wira negara @ tokoh pejuang kemerdekaaan dapat ditanam dalam diri para pelajar. Tokoh tokoh ini merupakan penyuntik semangat patriotik sekiranya kita mempelajari sekaligus menghayati sejarah perjuangan mereka. Contohnya, perjuangan Rosli Dhobi. Beliau merupakan perjuang kemerdekaan di Sarawak. Beliau sanggup berkorban agar generasi tanah airnya yang seterusnya tidak dijajah sepertimana rakyat Sarawak pada masa itu. Beliau telah di adili di sebabkan membunuh Sir Duncan Steward. Rosli Dhobi dijatuhi hukum gantung dan di gelar pemberontak pada masa itu. Tetapi pada masa kini Rosli Dhobi dianggap pejuang kerana keberaniaanya dan sifat cinta akan negaranya menyebabkan beliau nekad walaupun tahu akibatnya.Beliau adalah sala seorang pemuda yang menganggotai pakatan sulit yang dikenali Rukun 13 juga disertai oleh Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Bersama-sama rakan seperjuangannya, Rosli Dhobi terpaksa meringkuk di penjara. Di sana, mereka diseksa oleh para tali barut British. Malahan terdapat sumber mengatakan, isteri Duncan Stewart yang berada di London membuat permintaan khas bagi membawa Rosli Dhobi hidup-hidup ke London bagi menjalani pembicaraan di sana. Walaubagaimanapun, terdapat halangan besar bagi merealisasikan hajat isteri Stewart kerana umur Rosli Dhobi belum pun mencecah 18 tahun. Adalah menjadi kesalahan dalam undang-undang British menghukum mati kepada pesalah bawah umur. Biarpun begitu, pada 2 Mac 1950, Allahyarham Rosli Dhobi akhirnya dihukum gantung sampai mati. Ketika itu umur beliau belum pun mencecah 18 tahun. Antara sebab British ‘mempercepatkan’ proses hukuman ini adalah untuk menutup mulut serta menghapuskan saki baki pejuangan anti-British di Sarawak. Meskipun Rosli Dhobi telah lama tiada, akan tetapi roh pejuangannya (semangat patriotik ) tetap abadi. Pejuangan Rosli Dhobi walaupun pada usia yang cukup mentah ternyata begitu mengagumkan. Pejuangan di Kelantan pula di ketuai oleh Tok Janggut. Beliau mencetus kesedaran rakyat kearah tercetusnya gerakan pattani. Di sini golongan petani bersatu menentang British kerana tindakan British yang keterlaluan mengenakan cukai terhadap tanah dan sumber semulajadi yang merupakan milik mereka sendiri. Gerakan ini berjaya dipatahkan dengan gugurnya Tok Janggut di medan perang angkara British. Mayatnya pula digantung dalam keadaan kaki keatas kepala kebawah sebelum diarak. Jelaslah, menunjukkan betapa besarnya pengorbanan pewira kita demi kesejahteraan dan keamanan cucu cicitnya. Saya memilih contoh- contoh ini kerana, walaupun mereka bukanlah datang daripada golongan berpengaruh(pembesar) tetapi mereka telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling mereka. Hal ini menggambarkan betapa besarnya semangat patriotik para pejuang bangsa ini sehingga berjaya mewujudkan kesedaran dalam diri masyarakat.
keperibadian bangsa bermaksud sifat masyarakat sesebuah bangsa yang menggambarkan sesebuah negara. Melalui sejarah tokoh-tokoh di atas jelaslah Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berlatar belakangkan semangat patriotik yang tinggi, tidak gentar memperjuangkan hak walaupun nyawa taruhannya(berani), dan berdisiplin(terikat dengan undang-undang).
Semangat patriotik.
Sejarah dapat memupuk semangat patriotik dalam dalam diri individu. Sejarah adalah peristiwa bermakna yang benar-benar berlaku dimasa lalu. ita wajiblah mempunyai pengetahuan tentang sejarah Malaysia. Melalui pembelajaran sejarah jelas membuktikan bahawa sejarah adalah sebuah elemen penting bagi membentuk semangat patriotik dalam diri para pelajar.
seharusnya semangat patriotik ini di terapkan dalam diri pelajar sejak kecil. Hal ini kerana keperibadian seseorang individu adalah dibentuk sejak kecil. Bak kata pepatah melayu, kanak-kanak ibarat kain putih,terserah mahu mencorakkan nya dengan pendedahan yang seperti apa...
Melalui pengetahuhuan, pemahaman dan penghayatan sejarah, semangat patriotik sudah semestinya dapat dipupukdan menjadi semakin kental dalam diri seseorang pelajar. Peristiwa perjuangan tokoh- tokoh seperti Tok Janggut, Rosli Dhobi, Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan dalam memperjuangkan kebebasan tanah air daripada tangan penjajah sudah semestinya dapat dijadikan pengajaran buat kita agar sejarah penjajahan tidak kembali berulang.Perjuangan hebat tokoh- tokoh ini sudah semestinya dijadikan penyuntik semangat patriotik dalam diri masyarakat kini. Hanya melalui matapelajaran sejarahlah masyarakat akan didedahkan dengan pelbagai sejarah dan perjuangan hebat tokoh-tokoh negara. Wajarlah tindakan kerajaan dalam mewujudkan matapelajaran sejarah dalam kssr dan mewajibkan pelajar lulus dalam kssm.
Menghargai tokoh dan perjuangannya.
Menghargai pejuangan tokoh dapat di aplikasikan daripada pelbagai aspek. Menghargai tokoh dan sumbangannya tidaklah di lihat hanya dari sudut mengingat nama-nama dan jasa-jasa nya sahaja. Tetapi mengekalkan kemerdekaan dan menyambung perjuangan mereka dengan tidak melakukan kekecohan,rusuhan serta menanam semangat cinta akan negara juga adalah antara perbuatan menghargai tokoh dan sumbangannya.
Sambutan kemerdekaan juga adalah menggambarkan betapa masyarakat di malaysia menghargai perjuangan pewira-pewira negara ini. perjuangan mereka tidak berakhir sehingga itu sahaja namun semangat patriotik mereka akan dijadikan pembentuk keperibadian bangsa dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di malaysia.
Friday, September 13, 2013
pembunuhan beramai-ramai
Pembunuhan beramai-ramai
Mayat penyokong Mohammed Mursi yang terbunuh selepas digempur pasukan tentera Mesir, semalam.
KAHERAH 14 Ogos - Kira-kira 2,200 maut, sementara lebih 10,000 yang lain cedera selepas pasukan keselamatan Mesir bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di sini, hari ini.
Angka tersebut dikeluarkan pergerakan Ikhwanul Muslimin oleh jurucakapnya, Gehad El-Haddad menerusi akaun Twitter beliau.
Al-Jazeera menyatakan, seramai 94 maut akibat operasi tersebut, sementara Reuters pula meletakkan angka korban sebanyak 95 orang.
Dalam tindakan kekerasan terbaharu hari ini, pasukan keselamatan yang disokong dengan kereta perisai, helikopter, penembak tepat serta jentolak bertindak menggempur kem penyokong Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al- Nahda di Kaherah.
Mereka menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan bunyi tembakan turut kedengaran, lapor televisyen dan pegawai keselamatan.
Seorang koresponden AFP di bilik mayat di kem Rabaa al-Adawiya berkata, kebanyakan mangsa maut akibat terkena tembakan.
Ikhwanul Muslimin dalam pada itu menggesa rakyat Mesir beramai- ramai turun ke jalan raya bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Ini bukanlah cubaan untuk menyuraikan penunjuk perasaan, tetapi cubaan berdarah untuk menghapuskan semua suara yang menentang rampasan kuasa oleh tentera," tulis Haddad dalam Twitternya.
Di kem penunjuk perasaan di Rabaa al-Adawiya, tempat beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin berkumpul, pertempuran sengit berlaku dengan bunyi tembakan kedengaran.
Pasukan keselamatan mengelilingi kem tersebut sejak awal pagi tadi sebelum melepaskan gas pemedih mata dan menggempur beribu- ribu penunjuk perasan pro-Mursi.
Ini adalah permulaan kepada operasi untuk menyuraikan penunjuk perasaan," kata seorang pegawai keselamatan sambil mengesahkan langkah sama turut diambil di Dataran al-Nahda. - AFP
Monday, September 9, 2013
KANAK-KANAK ISLAM DI BURMA DIBAKAR HIDUP-HIDUP OLEH BUDDHA BURMA [GAMBAR] | SELAMATKAN KANAK2 BURMA HARI INI SUPAYA ALLAH SELAMATKAN KANAK2 ANDA ESOK!
pembakaran bayi Islam oleh Buddha Burma
pembakaran bayi Islam oleh Buddha Burma
Hampir seluruh negara barat, badan2 hak asasi manusia, media2 utama dunia malah termasuk juga media2 negara arab yg mereka kuasai tidak langsung menyiarkan kesah KESENGSARAAN/ PENINDASAN yg dialami oleh saudara2 kita muslim Burma.... seolah2 mereka tidak pernah mengetauinya sama sekali...!!
Tahukan anda apakah sbb boleh jadi begitu? jawapannya tidak lain tak bukan ialah kerana kesemua yg jadi mangsa ini hanyalah orang2 Islam yg mengucap kalimah tauhid لا إله إلا الله محمد رسول الله jua...
Sudah lebih setahun kejadian penindasan, pembunuhan dan kezaliman oleh tindakan masyarakat Buddha Burma yg 'disokong' oleh polisi2 rejim Burma terhadap orang2 Islam di negara tersebut sehinga mengorbankan ribuan nyawa termasuklah wanita dan kanak2 yg tidak berdosa dlm adegan2 'penghapusan etnik muslim' di sana...namun sehingga kini TIADA pun sebarang suara lantang utk membela nasib mereka dlm badan dunia spt PBB dsb...
Dunia Islam sendiri pula begitu lemah bila tidak mampu berbuat apa2 tindakan yg dapat menyelamatkan NYAWA saudara2 mereka yg teruk ditindas dan dizalimi di sana sini spt yg sedang berlaku skrg di Burma, Iran (Ahwaz), Iraq, Syria, Bangladesh dll..- tranungkite.net
( inilah nasib satu umat yg sedang 'kerumuni dan diserbu' oleh musuh2 mereka dari segenap penjuru..bukan kerana jumlah bilangan mereka sedikit..bahkan sebaliknya jumlah mereka begitu ramai/ besar..namun mereka seperti 'buih di lautan' jua....yg tiada kekuatan lagi...)
Subscribe to:
Posts (Atom)