Monday, September 30, 2013

Orang Melayu Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.. Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.. Permainan : congkak, gasing, wau.. Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus.. Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin.. Kepercayaan : Agama Islam Bahasa : Bahasa Melayu Orang Cina Pakaian : Cheongsam, Sam Fu.. Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.. Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum. Permainan : catur cina Alat muzik : gitar bulan, dram, Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.. Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew.. Orang India Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.. Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu, Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.. Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam Baba dan Nyonya Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Suku Kadazandusun Suku Bajau Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia. Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia. Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli).[perlu rujukan] Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam. Suku Murut Suku Momogun Rungus Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas. Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran. Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan. Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS". AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan". LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar". Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus". Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun. Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun. Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia. Suku Brunei Salah satu bangsa Melayu Suku Bisaya Suku Iranun Suku Suluk Suku Idahan Suku Tidong Suku kaum ini banyak terdapat di Sabah, terutamanya di Tawau. Suku Tombonuo Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai. Suku Kedayan Suku Bagahak Suku Lundayeh Suku Iban Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.

GKB..

persembahan elektronik (penggabungan grafik, audio, video unsur animasi, dan text)

tujuan

menjimatkan masa
menarik(agar tidak membosankan)

antara microsoft yang boleh digunakan

star office-menarik
MSms powerpoint

microsof excel dapat diaplikasikan 


menyiompan data automatik
pengiraan automatik tepat dan cepat
digunakan bagi melakukan analisis
ringkasan data bahan mentah

DATA DAN MAKLUMAT

data fakta mengenai sesuatu-mentah
ditulis menggunakan tangn
disimpan dalam fail
disusun mengikut urutan

contoh aplikasi pangkalan data di persekitaran kita
 sistem tempahan tiket buku dan kapal terbang
data pelajar atau pesakit


blog
kebaikan blog

tempat perkongsian maklumat
tambah kawanboleh menjana pendapatan(melalui servis pengiklanan)  Contohnya, naffnang

keburukan

maklumat palsu-mengenalpasti kebenaran sesuatu maklumat
                       -hendaklah mengkaji fakta daripada sumber yang benar
                       -mengenalpasti adentiti penulis
menjatuhkan seseorang- kerana banyak maklumat boleh ditokok tambah mengikut penulis blog
alat penyebaran unsur-unsur tidak bermoral-contoh yang paling mudah adalah penggunaan perkataan lucah.



Maklumat
maklumat-sesuatu yang telah dianalisis berdasarkan data.


Saturday, September 28, 2013

......indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves... The Glorious Qur'an 13:11



Tajuk: pelajar merupakan komuniti pembelajaran.
Menurut Mc Millan dan Cavis , komuniti pembelajaran adalah   
Ø  pelajar  mempunyai keahlian
Ø  Mempunyai  pengaruh
Ø  Memenuhi keperluan individu
Ø  Berkongsi peristiwa


Definisi komuniti

Ø  Menurut kefahaman saya, ia adalah bermaksud sesebuah kelompok yang berada dalam kawasan yang sama.
Ø   di mana seseorang yang berkumpul itu saling bergantung dan berhubung antara satu sama lain.
Ø  Komuniti yang tinggal di suatu tempat dan saling berinteraksi tidak kira benda hidup , bukan hidup atau  suasana.


Definisi pembelajaran

Ø   Pembelajaran adalah sebuah cara seseorang mendapat ilmu pengetahuan
Ø  Supaya dapat disesuaikan dan dipraktikkan dalam kehidupan     seharian dan membawa kepada perubahan tingkah laku dan penyelesaian terhadap kerumitan.
Ø  Berterusan sepanjang hayat dalam sedar mahupun  tidak sedar.
Ø  Bertujuan bagi melepasi semua sempadan
Ø  satu peluang untuk mengusai pengetahuan di mana ia dicipta dalam sebuah organisasi, berkongsi pengetahuan itu melalui sebuah organisasi 

Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Apakah maksud pelajar sebagai komuniti pembelajaran?
Ø  Pelajar yang saling bekerjasama dalam sesebuah kelompok semasa proses pembelajaran.
Ø  Akan mempengaruhi sesebuah  perubahan  suasana, tingkah laku,  dan pemikiran.
Ø  Melibatkan perkongsian idea, kerjasama,  persaingan sihat,
 bantu-membantu,  dan penyesuaian terhadap sesuatu keadaan.

Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran)
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.

Diklasifikasikan dalam beberapa sistem.

Sistem Mikro
Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau kawasan se taman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.

Sistem Meso
Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. 

Sistem Ekso
Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.

Sistem Makro
Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan.  Ini adalah kerana Islam harus menjaga batas pergaulan tetapi hal ini bukan menjejaskan peranan kaum perempuan Islam di Malaysia selagi ia tidak melanggar batas pergaulan lelaki dan perempuan.








Kejuruteraan   Genetik 
Apakah kejuruteraan genetik??
     Kejuruteraan genetik adalah menggabungkan 2 DNA yang berlainan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik sifat fizikalnya dan lebih resistan terhadap serangan serangga dan penyakit.
     kejuruteraan genetik tidaklah merangkumi penggabungan DNA untuk tujuan menghasilkan baka baru yang lebih baik daripada induknya.
     tetapi kejuruteraan genetik juga merupakan teknologi yang dapat menghasilkan bayi tabung uji melalui persenyawaan tabung uji.
   
Manfaat kejuruteraan genetik
     tidak dapat dinafikan sememangnya teknologi kejuruteraan genetik ini telah banyak membantu wanita yang mempunyai masalah untuk hamil berpeluang mempunyai anak daripada bakanya sendiri.
      pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah.
     hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk penghidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksida untuk mendiagnosis masalah metabolisme kolesterol.
     terdapat peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoid, Vitamin A, C dan E dalam tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik.
       kaedah kejuruteraan genetik juga membantu melambatkan atau menurunkan kadar proses pengoksidaan di samping melambatkan kerosakan yang disebabkan tindak balas kimia. Hal ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik akan tahan lebih lama ketika di pasaran dibandingkan dengan sayur-sayuran atau buah-buahan yang terhasil melalui proses tanaman secara organik.
·      Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai melalui proses kejuruteraan genetik telah menunjukkan tahap ke rintangan yang tinggi dan luar biasa terhadap racun pemusnah tumbuhan seperti racun Herbisid, Pestisid dan lain-lain lagi.

      meningkatkan pengeluaran hasil tinggi, Jelaslah kejuruteraan genetik dapat mengurangkan kadar kekurangan makanan.
      juga dapat mengurangkan isu jenayah dan sivil. Hal demikian kerana seseorang akan berfikir panjang sebelum melakukan kejahatan kerana pihak berkuasa pasti dapat mengesan penjenayah melalui tinggalan genetik dengan adanya teknologi kejuruteraan genetik.
      Penyelidik di Universiti Michigan turut mendapati tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian genetik mampu melawan virus. 
Kemudaratan pengaplikasian kejuruteraan genetik.
     Menurut laporan di dalam berita BBC pada 27 April 2002, kajian telah dilakukan kepada ayam dengan memberinya makan jagung yang telah diubahsuai iaitu T-25 dan jagung yang dihasilkan secara konvensional. Keputusan menunjukkan dua ekor ayam mati apabila diberi makan jagung T-25. Keputusan ini telah pun diperoleh pada tahun 1996 tetapi telah diabaikan sehingga tanaman tersebut berjaya mendapat kelulusan untuk dipasarkan pada tahun tersebut. Jagung ini dihasilkan untuk diberi makan kepada lembu yang diternak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVVCSMhX
© Utusan Melayu (M) Bhd 
·      Ke rintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan dalam sesetengah tanaman yang telah diubahsuai.
·      pengaplikasian kaedah ini akan menghasilkan tumbuhan yang mempunyai tahap ke rintangan yang tinggi. Jika berlaku hubungan silang dengan tumbuhan yang liar, hal ini menyebabkan akan tumbuh spesies tumbuhan liar yang memerlukan penciptaan racun yang lebih kuat untuk menghapuskannya.
·      Hal ini secara tidak langsung akan membahayakan alam sekitar.
·      Ahli bio-kimia terkemuka, Erwin Chargoff mengatakan teknologi kejuruteraan genetik mengemukakan ancaman besar kepada dunia selain kemunculan teknologi nuklear. Tidak seperti bahan kimia atau nuklear, pencemaran genetik sukar dibersihkan dan kesilapan genetik akan diperturunkan kepada semua generasi berikutnya. 
·       Sementara saintis British, Dr. Arpad Pusztai pula menemui kesan-kesan memudaratkan ke atas usus, badan, metabolisme dan sistem imunisasi badan pada tikus yang diuji dalam mengesan kesan tanaman GM ke atas pemakanan binatang dan alam sekitar.
·       keputusan penyelidikan universiti Michigan yang menyatakan tumbuhan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik adalah mempunyai daya rintangan yang tinggi terhadap virus. Hal ini menyebabkan virus membentuk virus yang lebih ganas dan memerlukan vaksin yang kuat untuk mengatasinya.

·      Contoh, di Amerika Syarikat apabila ujian mendapati beras yang dihasilkan menerusi teknologi kejuruteraan genetik (GE) lebih tercemar dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna.
·      Perkara itu didedahkan pakar Biologi dan Ecological Entomologist yang juga Penyelidik Kanan Bersekutu Institut Dasar Pengguna di Amerika Syarikat, Dr Michael K Hansen. 
·       kejuruteraan genetik turut membawa kerugian terhadap ekonomi negara.
      Bukti, industri beras di Amerika kerugian RM4.6 bilion kerana beras yang dihasilkan menerusi  kaedah GE gagal dipasarkan. 

Firman Allah SWT di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merubah nya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merubah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
 Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri. Maka timbullah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesies-spesies binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudaratkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.

      kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji  yang boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
      Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak di batas kan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibu bapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
·       Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semula jadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.



Adakah perlu semua ini diabaikan dalam kita mengejar untuk memperbaiki kualiti makanan, meningkatkan penghasilan makanan dan memperbagaikan penghasilan pertanian dengan menggunakan teknik pengubahsuaian genetik ??

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVb6s9EH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

rujukan


Kejuruteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuruteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuruteraan genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi penyelidikan kanser.








DNA dan Kejuruteraan Genetik menerangkan cara DNA berfungsi, kod dibaca dan tindakan sel untuk membina protein. Buku ini meneroka kejuruteraan genetic dan terapi gen, iaitu bidang paling kontroversi dalam penyelidikan sel tunjang dan pengklonan. Contoh terkini diberikan, seperti penggunaan darah daripada tali pusat bayi untuk menyediakan sel tunjang bagi menguji ubat-ubatan baharu.

Kesimpulannya
      Setiap ciptaan manusia pasti ada kelemahannya, di sebalik kesan positifnya.
     Kejuruteraan genetik tidak wajar dipraktikkan kerana mempunyai banyak memberi kesan negatif kepada hidupan yang ada di muka bumi ini.
      Islam mengharamkan manusia melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat terhadap dirinya dan masyarakat sekelilingnya.
      sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasulullah S.A.W tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasulullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudaratkan kehidupan adalah dibolehkan.
     Kejuruteraan genetik jelas memberi impak negatif kepada manusia dan hidupan di muka Bumi.  Sesungguhnya sesuatu yang Allah ciptakan itu adalah sempurna.
     wajarlah terdapat pihak yang tidak setuju dan menentang pengaplikasian kejuruteraan genetik  untuk melahirkan spesies baru kerana ia boleh memudaratkan manusia dan hidupan di muka bumi.

Antara hidupan yang telah dihasilkan melalui kejuruteraan genetik
Jelaslah kejuruteraan genetik telah merubah ciptaan yang maha kuasa tanpa ada manfaatnya……
Malah mengundang bencana dan mengundang kepupusan sesuatu spesies.

Monday, September 16, 2013

Tajuk :Matlamat pendidikan sejarah. Gambaran lengkap tenteng sejarah negara Malaysia. Keperibadian bangsa semangat patriotik. Keperibadian bangsa keperibadian bermaksud perihal atau sifat. Manakala bangsa bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Bagi membentuk keperibadian bangsa yang cinta akan negara ,sesebuah bangsa itu haruslah mempelajari sejarah agar sifat berani, tabah, sabar, dan tidak putus asa seperti pejuang kemerdekaan @ wira negara @ tokoh pejuang kemerdekaaan dapat ditanam dalam diri para pelajar. Tokoh tokoh ini merupakan penyuntik semangat patriotik sekiranya kita mempelajari sekaligus menghayati sejarah perjuangan mereka. Contohnya, perjuangan Rosli Dhobi. Beliau merupakan perjuang kemerdekaan di Sarawak. Beliau sanggup berkorban agar generasi tanah airnya yang seterusnya tidak dijajah sepertimana rakyat Sarawak pada masa itu. Beliau telah di adili di sebabkan membunuh Sir Duncan Steward. Rosli Dhobi dijatuhi hukum gantung dan di gelar pemberontak pada masa itu. Tetapi pada masa kini Rosli Dhobi dianggap pejuang kerana keberaniaanya dan sifat cinta akan negaranya menyebabkan beliau nekad walaupun tahu akibatnya.Beliau adalah sala seorang pemuda yang menganggotai pakatan sulit yang dikenali Rukun 13 juga disertai oleh Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Bersama-sama rakan seperjuangannya, Rosli Dhobi terpaksa meringkuk di penjara. Di sana, mereka diseksa oleh para tali barut British. Malahan terdapat sumber mengatakan, isteri Duncan Stewart yang berada di London membuat permintaan khas bagi membawa Rosli Dhobi hidup-hidup ke London bagi menjalani pembicaraan di sana. Walaubagaimanapun, terdapat halangan besar bagi merealisasikan hajat isteri Stewart kerana umur Rosli Dhobi belum pun mencecah 18 tahun. Adalah menjadi kesalahan dalam undang-undang British menghukum mati kepada pesalah bawah umur. Biarpun begitu, pada 2 Mac 1950, Allahyarham Rosli Dhobi akhirnya dihukum gantung sampai mati. Ketika itu umur beliau belum pun mencecah 18 tahun. Antara sebab British ‘mempercepatkan’ proses hukuman ini adalah untuk menutup mulut serta menghapuskan saki baki pejuangan anti-British di Sarawak. Meskipun Rosli Dhobi telah lama tiada, akan tetapi roh pejuangannya (semangat patriotik ) tetap abadi. Pejuangan Rosli Dhobi walaupun pada usia yang cukup mentah ternyata begitu mengagumkan. Pejuangan di Kelantan pula di ketuai oleh Tok Janggut. Beliau mencetus kesedaran rakyat kearah tercetusnya gerakan pattani. Di sini golongan petani bersatu menentang British kerana tindakan British yang keterlaluan mengenakan cukai terhadap tanah dan sumber semulajadi yang merupakan milik mereka sendiri. Gerakan ini berjaya dipatahkan dengan gugurnya Tok Janggut di medan perang angkara British. Mayatnya pula digantung dalam keadaan kaki keatas kepala kebawah sebelum diarak. Jelaslah, menunjukkan betapa besarnya pengorbanan pewira kita demi kesejahteraan dan keamanan cucu cicitnya. Saya memilih contoh- contoh ini kerana, walaupun mereka bukanlah datang daripada golongan berpengaruh(pembesar) tetapi mereka telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling mereka. Hal ini menggambarkan betapa besarnya semangat patriotik para pejuang bangsa ini sehingga berjaya mewujudkan kesedaran dalam diri masyarakat. keperibadian bangsa bermaksud sifat masyarakat sesebuah bangsa yang menggambarkan sesebuah negara. Melalui sejarah tokoh-tokoh di atas jelaslah Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berlatar belakangkan semangat patriotik yang tinggi, tidak gentar memperjuangkan hak walaupun nyawa taruhannya(berani), dan berdisiplin(terikat dengan undang-undang). Semangat patriotik. Sejarah dapat memupuk semangat patriotik dalam dalam diri individu. Sejarah adalah peristiwa bermakna yang benar-benar berlaku dimasa lalu. ita wajiblah mempunyai pengetahuan tentang sejarah Malaysia. Melalui pembelajaran sejarah jelas membuktikan bahawa sejarah adalah sebuah elemen penting bagi membentuk semangat patriotik dalam diri para pelajar. seharusnya semangat patriotik ini di terapkan dalam diri pelajar sejak kecil. Hal ini kerana keperibadian seseorang individu adalah dibentuk sejak kecil. Bak kata pepatah melayu, kanak-kanak ibarat kain putih,terserah mahu mencorakkan nya dengan pendedahan yang seperti apa... Melalui pengetahuhuan, pemahaman dan penghayatan sejarah, semangat patriotik sudah semestinya dapat dipupukdan menjadi semakin kental dalam diri seseorang pelajar. Peristiwa perjuangan tokoh- tokoh seperti Tok Janggut, Rosli Dhobi, Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan dalam memperjuangkan kebebasan tanah air daripada tangan penjajah sudah semestinya dapat dijadikan pengajaran buat kita agar sejarah penjajahan tidak kembali berulang.Perjuangan hebat tokoh- tokoh ini sudah semestinya dijadikan penyuntik semangat patriotik dalam diri masyarakat kini. Hanya melalui matapelajaran sejarahlah masyarakat akan didedahkan dengan pelbagai sejarah dan perjuangan hebat tokoh-tokoh negara. Wajarlah tindakan kerajaan dalam mewujudkan matapelajaran sejarah dalam kssr dan mewajibkan pelajar lulus dalam kssm. Menghargai tokoh dan perjuangannya. Menghargai pejuangan tokoh dapat di aplikasikan daripada pelbagai aspek. Menghargai tokoh dan sumbangannya tidaklah di lihat hanya dari sudut mengingat nama-nama dan jasa-jasa nya sahaja. Tetapi mengekalkan kemerdekaan dan menyambung perjuangan mereka dengan tidak melakukan kekecohan,rusuhan serta menanam semangat cinta akan negara juga adalah antara perbuatan menghargai tokoh dan sumbangannya. Sambutan kemerdekaan juga adalah menggambarkan betapa masyarakat di malaysia menghargai perjuangan pewira-pewira negara ini. perjuangan mereka tidak berakhir sehingga itu sahaja namun semangat patriotik mereka akan dijadikan pembentuk keperibadian bangsa dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di malaysia.

......... :(